Sunday, April 14

WE ARE BRAVO!

assalamualaikum , selamat tengahari semua , tengahari dah kan ? hahah , okay , hari nak sambung balik cerita pasal semalam , jadi excited pulak aku ni nak mengarang heheh apa salahnya kan . okayy pasal dormmates aku semuanya ada 24 orang termasuk chinese and indian . WE ARE SUPER AWESOME! eh perasan lah pulak , kenal dengan diaorang boleh gila aku , then dalam dorm aku boleh buat zoo min tahu tak!  sekejap bunyi kucing , kambing , gajah , semuanya ada lahh memang tak tahan gelak kitaorang dalam dorm . hehe senang cerita kitaorang memang gila lahhh . kalau nak cerita pasal diaorang tahun depan pun tak habis , sorryy . banyak aktiviti yang kitaorang buat dekat sana , tapi yang paling bosannya ada kelas . dah macam masuk smk balik . tapi cara belajar best lah . mehh sini aku tunjuk sikit gambar dormmates aku ..




nilah kami 24 orang , P4 babes.

dengan diaorang best , tapi yang tak bestnya chinese kureng sikit nak bergaul dengan dorm lain , kira dah kena cop lah diaorang ni , sombong gilaaa , tapi diaorang ni okay sebenarnya .. indian pun okayy jugakk . diaorang ni boleh dikategorikan budak pandai lahh , tapi ada jugak yang biasa-biasa je , tapi dalam satu pasukan itu semua tak penting . kengkadang tu adalah jugak bengan dengan diaorang , aku dekat sana dah berapa kali aku nangis tapi lastly aku okay jugak , tak ada sesiapa pujuk tau , aku pujuk diri aku sendiri . hahah . nak kata diarang ni kelakar tak ada lah funny sangat , biasa-biasa je , tapi  yang paling funny is reen :)( reen i miss you so much . rindu dengan lawak kauu . tak bosan kalau dengar hariharii , wahh kau gitu bella . okay aku dekat sana dipanggil bella , tapi aku suruh diaorang panggil aku bell . hahha sebab dah biasa dengan nama bell , diaorang pun tak ada masalah pangggil aku bell . tapi tak kisah tu semua , haha . aku ni jugak lah dalam diamdiam digelar garang tau by company ALPHA , tak apa lah memang fact pun aku ni garang , tapi aku cool je . lantaklah diaroang nak cakap aku ni garang ke singa betina ke . haha . daripada company CHARLIE pulak penolong dorm dia kata aku ni 'kau ni muka nampak garang tapi sebenarnya aku tengok kau relax cool je' aku ingat lagi ayat tu , tergelak time tu jugak hahah . aku jawablaha balik dah biasa dah orang cakap macam tu . tipulah kan kalau kata tak ada crush dekat sana ? mestilah ada doo , banyak handsome maa , nak tunjuk gamabr takut dia terbaca or terjumpa pulak blog aku ni , better tak payahlah kan , dia ni handsome tauu , tapi tak sangka aku kenal dia dalam diam , tapi dia tak kenal lah aku , dia boleh dikatakan famous amouss lah jugak dekat sana tu , alah , orang macam aku manalah nak pandangkan yedak ? cool je , cause aku tahu aku tak akan dapat punya , ramai kata awek dia cantik . tapi memang cantik pun . haha . balik tu apa lagi terus follow lah twitter dia! time swimming best lah  jugak tapi dijangka lah tempat dia macam ditinggal kan , tapi memang nampak macam tak pernah guna and ditinggalkan , nasib baik lah tak seram mana , nak kata bersih tu tak ada lah sangat , aku pun terpaksa mandi jugak , tapi rugi lah kalau tak mandi , macam-macam gaya cikgu kitaorang tu , buat latihan kecemasan , banyak lagi lahh..karnival sukan pulak company aku tak ramai yang ambil bahagian , semua puteri lilin , cehhh . ada lah jugak , aku masuk bola tampar tapi tak lawan lah time karnival sukan tu cause dah kalah mati kot . then ada yang masuk futsal , dapat pulak akhir tapi kalah jugak , itu pun dapat penalti , kumpulan CHARLIE yang menang . main kasar babe diaorangg , mentang-mentang ada wakil selangor kann , tapi takraw lah budak tu . at least we all had fun together! tima malam penghayatan sastera dan budaya , masing masing berpantun berpuisi bagai .. sekali sekala kannn . tapi best lah ada show , time malam tu lah aku usha that guy gilagila , aku kalau usha , usha betulbetul tau , jangan main-main . time malam kebudayaan aku ambil bahagian jugak , tapi tak lah berlakon , aku jadi penari , kitaorang menari ulek mayang dengan hindustani , kelakar lahhhh , tapi memang best malam tuu , company yang menang ada lah company DELTA , congrats korang! meh aku tunjuk gambar time majlis penutupan , sorrylah malam kebudayaan tak ada gambarr 


  
acara baling beret! fuuuuhhhh!~

memang time tu jugaklah kitaorang menangis! melelehh wooo. aku dalam tak nak menangis tu menangis jugak lahh , tapi ini semua dah jadi kenangan paling best lahh , aku ingat korang semua okaayy! biasalah kalau ada yang tak puas hati kecil hati salah sangka . tapi itu semua ada lah sementara sahaja , yang penting have fun! aku dengar dengar batch ke2 and ke3 tak ada roll call , woi mana acai kitaorang kena tidur pukul 12 , 1 lebih sebab roll call je , untung lah siapa yang dapat tu kann . pagi-pagi dengar announcement 'BANGUN BANGUN BANGUN!' memang kenangan , then aku yang buat sekarang dekat adik aku! hahha , kesian diaorang . okay lahh sampai sini sahaja lah aku berkarang , tangan pun dah penat mengarang panjang-panjang , aku rasa post yang ini paling panjang . okay , assalamualaikum :) byebye


No comments:

Post a Comment

komen , komen !