Thursday, June 5

longtime





Assalamualaikum , it's been long time aku tak update blog . sedikit busy . hm, fyi , aku sekarang sambung belajar di kolej profesional mara indera mahkota kuantan pahang hah ambil kau panjang . haha . aku ambil dip digital creative media production . sekarang aku berada di sem 2 and sekarang aku tengah cuti sem .bulan 7 nanti aku masuk sem 3 and time puasa . and buka je kolej tak sabar nak jumpa kawan kawan and si dia . like seriously , dah lama tak jumpa since cuti sem . i hope dia pun tak sabar nak jumpa aku jugak :) . hahhaa . banyak yang terjadi kepada aku selama ni . aku rasa jarang nak menulis . lagi pun tak suka tulis panjang panjang haha sorry . aku akan menulis bila aku rasa nak menulis okay? really sorry .

gtg,bye.


xoxo
nabillajamar

Sunday, April 14

WE ARE BRAVO!

assalamualaikum , selamat tengahari semua , tengahari dah kan ? hahah , okay , hari nak sambung balik cerita pasal semalam , jadi excited pulak aku ni nak mengarang heheh apa salahnya kan . okayy pasal dormmates aku semuanya ada 24 orang termasuk chinese and indian . WE ARE SUPER AWESOME! eh perasan lah pulak , kenal dengan diaorang boleh gila aku , then dalam dorm aku boleh buat zoo min tahu tak!  sekejap bunyi kucing , kambing , gajah , semuanya ada lahh memang tak tahan gelak kitaorang dalam dorm . hehe senang cerita kitaorang memang gila lahhh . kalau nak cerita pasal diaorang tahun depan pun tak habis , sorryy . banyak aktiviti yang kitaorang buat dekat sana , tapi yang paling bosannya ada kelas . dah macam masuk smk balik . tapi cara belajar best lah . mehh sini aku tunjuk sikit gambar dormmates aku ..




nilah kami 24 orang , P4 babes.

dengan diaorang best , tapi yang tak bestnya chinese kureng sikit nak bergaul dengan dorm lain , kira dah kena cop lah diaorang ni , sombong gilaaa , tapi diaorang ni okay sebenarnya .. indian pun okayy jugakk . diaorang ni boleh dikategorikan budak pandai lahh , tapi ada jugak yang biasa-biasa je , tapi dalam satu pasukan itu semua tak penting . kengkadang tu adalah jugak bengan dengan diaorang , aku dekat sana dah berapa kali aku nangis tapi lastly aku okay jugak , tak ada sesiapa pujuk tau , aku pujuk diri aku sendiri . hahah . nak kata diarang ni kelakar tak ada lah funny sangat , biasa-biasa je , tapi  yang paling funny is reen :)( reen i miss you so much . rindu dengan lawak kauu . tak bosan kalau dengar hariharii , wahh kau gitu bella . okay aku dekat sana dipanggil bella , tapi aku suruh diaorang panggil aku bell . hahha sebab dah biasa dengan nama bell , diaorang pun tak ada masalah pangggil aku bell . tapi tak kisah tu semua , haha . aku ni jugak lah dalam diamdiam digelar garang tau by company ALPHA , tak apa lah memang fact pun aku ni garang , tapi aku cool je . lantaklah diaroang nak cakap aku ni garang ke singa betina ke . haha . daripada company CHARLIE pulak penolong dorm dia kata aku ni 'kau ni muka nampak garang tapi sebenarnya aku tengok kau relax cool je' aku ingat lagi ayat tu , tergelak time tu jugak hahah . aku jawablaha balik dah biasa dah orang cakap macam tu . tipulah kan kalau kata tak ada crush dekat sana ? mestilah ada doo , banyak handsome maa , nak tunjuk gamabr takut dia terbaca or terjumpa pulak blog aku ni , better tak payahlah kan , dia ni handsome tauu , tapi tak sangka aku kenal dia dalam diam , tapi dia tak kenal lah aku , dia boleh dikatakan famous amouss lah jugak dekat sana tu , alah , orang macam aku manalah nak pandangkan yedak ? cool je , cause aku tahu aku tak akan dapat punya , ramai kata awek dia cantik . tapi memang cantik pun . haha . balik tu apa lagi terus follow lah twitter dia! time swimming best lah  jugak tapi dijangka lah tempat dia macam ditinggal kan , tapi memang nampak macam tak pernah guna and ditinggalkan , nasib baik lah tak seram mana , nak kata bersih tu tak ada lah sangat , aku pun terpaksa mandi jugak , tapi rugi lah kalau tak mandi , macam-macam gaya cikgu kitaorang tu , buat latihan kecemasan , banyak lagi lahh..karnival sukan pulak company aku tak ramai yang ambil bahagian , semua puteri lilin , cehhh . ada lah jugak , aku masuk bola tampar tapi tak lawan lah time karnival sukan tu cause dah kalah mati kot . then ada yang masuk futsal , dapat pulak akhir tapi kalah jugak , itu pun dapat penalti , kumpulan CHARLIE yang menang . main kasar babe diaorangg , mentang-mentang ada wakil selangor kann , tapi takraw lah budak tu . at least we all had fun together! tima malam penghayatan sastera dan budaya , masing masing berpantun berpuisi bagai .. sekali sekala kannn . tapi best lah ada show , time malam tu lah aku usha that guy gilagila , aku kalau usha , usha betulbetul tau , jangan main-main . time malam kebudayaan aku ambil bahagian jugak , tapi tak lah berlakon , aku jadi penari , kitaorang menari ulek mayang dengan hindustani , kelakar lahhhh , tapi memang best malam tuu , company yang menang ada lah company DELTA , congrats korang! meh aku tunjuk gambar time majlis penutupan , sorrylah malam kebudayaan tak ada gambarr 


  
acara baling beret! fuuuuhhhh!~

memang time tu jugaklah kitaorang menangis! melelehh wooo. aku dalam tak nak menangis tu menangis jugak lahh , tapi ini semua dah jadi kenangan paling best lahh , aku ingat korang semua okaayy! biasalah kalau ada yang tak puas hati kecil hati salah sangka . tapi itu semua ada lah sementara sahaja , yang penting have fun! aku dengar dengar batch ke2 and ke3 tak ada roll call , woi mana acai kitaorang kena tidur pukul 12 , 1 lebih sebab roll call je , untung lah siapa yang dapat tu kann . pagi-pagi dengar announcement 'BANGUN BANGUN BANGUN!' memang kenangan , then aku yang buat sekarang dekat adik aku! hahha , kesian diaorang . okay lahh sampai sini sahaja lah aku berkarang , tangan pun dah penat mengarang panjang-panjang , aku rasa post yang ini paling panjang . okay , assalamualaikum :) byebye


first time at plkn was fun!

assalamualaikum , hello semua . lama tak uodate blog ni . macam malas pulak nak update heheheh , okayy post yang lepas cerita pasal yana pergi plkn , post yang sekarang pulak cerita pasal aku pergi plkn yeah! haha , mesti tak sangkakan aku dapat plkn ? act , aku yang mohon . haha . yana kata aku orang paling bodoh yang dia kenal pergi mohon plkn . haha . relax lahh sekali seumur hidup babe , berjuang demi negara lahh best punya . hahah . aku dapat called plkn nilam ehsan bidor perak , nasib baik lah tak jauh manaaa . heheh . best tau dapat pergi plkn . aku dapat menembak buat kali kedua :) point yang lagi tinggi daripada sebelum ni . alhamdullilah , tapi tak dapat lah tembak piring . heheh , ada budak lain dapat . dekat sana kitaorang digelar wira and wirawati , wira untuk lelaki wirawati for perempuans , saya lah tuu . wiras semua not bad lah ada handsome ada yang boleh lahh , wirawati pun ada yang cantik gedik semua ada . pergi  sana dapat jumpa ramai orang , tak sangka pulak aku dapat jumpa wirawati sesekolah dengan aku tapi aku tak rapat lah dengan dia ni . dapat pulak satu company , aku dapat company BRAVO! walaupun tak bravo tapi kitaorang hebatt ! meh dengar lagu sikit ehh

LIAMBAMBAMBOEE!!
SAMBARAE!
SAMBAREWA!
AMMINNAMINNAMINNAE!
AMMINNAMINNAWOA!
WHO WE ARE?!
PEOPLE WANT TO KNOW!
WE ARE BRAVO!
MIGHTY MIGHTY BRAVO!
B.R.A.V.O BRAVO!
UNITE AND FIGHT!!


best kann ? pandaipandai nyanyi ehh haha . memang pengalaman yang best lah duduk sana , fyi ni first time aku duduk dorm , dapat juga suasana duduk dorm ! macam-macam perangai tauuu .hhehh , first time masuk dorm , and first soalan dormates tanya , kenapa jadi sukarelawan ? hahah , aku katalahhh saja je lahhh biarlahh , heheeh , malas pulak jawapan akuu . haha padahal aku suruh mak aku tarik balik permohonan tu , tapi malang nya tak bolehh kena masuk mahkamah , wah dah macam bercerai pulak keluar masuk mahkamah nii . hahah . kelakarr . papehal punnn kenal dengan dorang memang bestt , esok aku cerita lagi ehh pasal plkn nii ? okay ? byebye . assalamualaikumm :))))

Wednesday, December 19

about us.

After a long time , kami berkumul di kfc kota damansara , seriously rindu gila kawan sepermainan aku yang setelah lama aku tidak ketemu . nak text susah nak webcam lagilah susah . tapi sabar itu adalah keimanan , akhirnya kami berjumpa . cuma satu hari sahaja untuk berkumpul ramai-ramai . mana taknya eica pindah sekolah dekat perak nun sana tu , atika pindah sekolah dekat pahang , diaorang tak ada agak sunyi jugaklah . but , now dorang are back! tak payah nak risau-risau lagi dah pasal dorang because dorang sekarang ni ada sisi aku , i love my girls always love . lepak seharian mestilah banyak nak diceritakan . seriously aku pergi kfc 2 kali semata-mata nak jumpa my bestfriends! sejak form 1 kami rapat tak pernah berenggang . yang sedihnya yana tak lama lagi dia nak kena pergi plkn , dalam geng aku ni dia lah yang bertuah dapat . haha , memang tak sangka dia boleh dapat , aku fai and eica nak sangat pergi plkn memang kami minat gila nak pergi , aku ada mohon untuk pergi plkn tapi entahlah dapat or tak , dengar cerita siapa yang tak dapat pergi tu memang tak boleh nak tarik diri espeacially yang ada penyakitlah , dah sah-sahlah yana mesti kena pergi punya , tak nak pergi kena bayar pulak tu . better pergilah kan . so , fai suggest that 31 dis kami akan hangout before yana go to plkn . that's a good suggestion , but we still don't know that we can or can't confirm it . i hope kami semua boleh pergi . alang-alang nak keluar ni kan apa salah nya kalau nak sambut birthday orang tu , yes , it is eica the youngest one between us . 'the maknae' , hahha , korean lah pulak , oops terlebih sudah . ada jugak dalam kalangan kami ni yang lahir pada 31 dis , haha tapi kesian lah dia kena ambil lesen tahun depan and kena pakai ic baru . tak apa eica sabar eh ? nanti kau dapat jugak lesen tak lama lagi . uh , now atika dah pergi kursus lesen , untunglah kau atika , aku ni entah bila nak pergi , boleh pulak mak aku boleh tukar tempat , jauh pulak tu . mesti atika excited kan dah pergi kursus lesen memandu , tapi dia kata lama gila sampai pukul 4 dari pukul 9 pagi tu . tak apa okay , kau dapat ilmu untuk belajar jugak kan ? kami semua tak bekerja lagi , and tak cari kerja pun except yana , aku dengar dia dah kerja dengan iqbal . entah dorang tu kerja dekat kilang buat sementara waktu ni . aku , fai , eica and atika tak bekerja lagi and kami tak tahu nak buat apa . aku duduk rumah ni nak kuruskan badan insyaAllah kalau boleh , kalau boleh nak ada six packs . hahah . agak lah pun . so , tunggu je lah . ini dia my bestfriends :)


yana me fai eica and atika :) 
<3 p="p">

Sunday, July 1

friend or couple ?

well , HELLO ! oooppsss , Assalamualaikum to umat Islam : D

yes! GOALLLLL ! okay , aku peminta portugal , but aku tahu portugal dah kalah , so diam je nabilla . HAHA . sekarang ni musim bola , SPAIN VS ITALY . yay . siapa sokong spain ? angkat tangan anda . siapa sokong italy pulak ? sila angkat hidung , sebab tangan dah angkat . haha . okay-okay , aku bukan nak cerita pasal bola tapi aku tahu sekarang musim bola . sorry . hehe . aku dah lama tak berkarang disini , but today aku nak berkarang balik setelah lama ku tinggal kan blog yang comel ku ini . hahha . happy kan aku ? tetapi dekat dalam hati aku ni , ada jugak perasaan sedih , kecewa . banyak lagi yang tak mampu aku nak luah kan . pada tarikh 23 jun 2012 , sekolah ada buat lawatan sambil belajar di cameron highlands . wow , sudah lama aku tak pergi . so , aku decided aku nak pergi . lawatan diadakan selama 3 hari dua mala , sehari tidur didalam bas , dan sehari lagi tidur di apartment . besstt . banyak gambar yang kitaorang ambil . okay stop , bikan nak cerita pasal holiday or what . ada sorang guy ni yang aku pernah minat dulu telah meminta nomborku dekat kawan aku . kawan aku ni pun bagi lah dekat aku . malam tu jugak dia text aku . sorry , im not bb user . aku guna nokia . loyalty nokia . haha . okay , stop and continue . selama beberapa hari aku texting dia and he is quiet awesome . banyak soalan aku tanya dia , dan banyak jugak soalan yang dia tanya aku . at least dia tak sombong . okay puji dia sikit ah . unlucky , dia baru je break dengan gf dia , and itu yang membimbang kan aku sekarang ni , baru break , and text aku ? kau betul or tak ? bukan nak kutuk kan . then , kau punya ex pandang geng aku lain macam wehhh . seriously , you are sick person . once , dia ada tanya aku , pernah tak aku suka seseorang and aku tak bagi tahu dekat orang tu , aku kata lah mesti lah ada , banyak lagi , then dia tanya , dia ada tak dalam list tu , aku pun jawab lah dengan mamai nak tidur , apa yang aku merapu and tanpa segan sili aku pun berkata 'YES , YOU ARE ON MY LIST' . pehh , aku segan gila . rasa nak benam muka dekat bantal dan tak nak bangun dalam masa 10 minit . haha . sanggup aku buat tu . aku tak tanya lah dia balik cause aku mengantuk gila . dia just tanya aku je lah time tu . dia kata dia malu . OMG , apa yang dia nak malu ? aku yang sepatutnya malu sebab aku yang kata macam tu dekat dia . dia tak henti-henti kata dia malu , aku penat nak kata stop . pukul 3 aku dan dia tidur , sweet tak ? sweet je lah kan . start on that day and untill now aku tak text dia . dia segan or aku yang segan ? actually , aku yang segan . another thing is , dalam fb , dia buat dp dia dengan aku . on the spot aku terus text kawan aku , bila dia buat dp tu . kawan aku kata baru lagi . berani gila dia buat macam tu ? mintak-mintak lah ex dia tak pandang aku macam nak makan orang . tak sanggup aku weh . relax , nabilla . nanti aku tanya dia elok-elok . my friends , kenapa korang suruh aku couple dengan dia ? aku bukan nya tak nak , tapi aku takut nak ambil risiko even aku tahu yang dia dah tak ada apa -apa dengan ex dia . tak kan aku nak mintak ? aku tak pernah mintak dekat lelaki . tak manis kalau perempuan yang mintak . jangan terasa , yes , i know isteri nabi yang meminang nabi . and straight ikut sunah nabi , but i dont like that girl . sorry my friends .

aku rasa aku dah terlalu banyak aku mengarang , maybe bila-bila lagi aku akan mengarang balik , tangan pun dah penat nak menaip . but tunggu the next chapter and what happen to the next situation . okay . girls and boys , got to go . bye! <3

Saturday, March 17

chillax :)

salammm , wah lama gila aku tak on . memang rindu gila , aku busy lah , baru lepas exam kan . exam mac je  HAHAH . lepas exam je cuti sekolah selama 1 minggu . macam biasa , bila cuti mesti ada hang with friend right ? hahah . 



dini , mazlin , me , fatimah and farah :)


sweet kann ?


me and farah at tutti fruiti

time ni semua pakai skirt labuh , memang dah rancang lama gila , farah je sesat tak pakai . hahah . pape pun , best lepak with diaorang . 

bye :)