Wednesday, June 22

shit.

hello !

bermula hari khamis lepas , aku asyik nak bersin saja . haish berjangkit dengan siapa lah ni . hidung aku tak habis-habis nak keluar hingus . haish . menyusah kan betul lah ! jumaat pulak , bertambah tambah pulak penyakit ni . rasa macam nak demam , aku tak bagi tahu lah mak aku . mak aku buat bodoh je , akupun buat bodoh je , tapi aku tak lah mengadu pasal aku nak demam time tu . hari sabtu pulak aku ada latihan kawad untuk skuad khas kadet polis , aku terlibat . aku kawad okay tau , tapi yang pelik kan , hidung aku tak ada pulak buat masalah , kau memang main-main dengan aku lah hingus !! hihi .. lenguh-lenguh kaki aku mengawad dekat perhimpunan . tapi tak ada denda lah time tu , thanks to myrul . trapi balik tu ada sekali kena denda , sekali je pun . tak banyak . time aku kawad , ada orang nak jumpa dengan aku . aku tak boleh bagi tahu siapa okay . sorry . dia nak jumpa aku , aku tak nak . entah tak tahu kenapa tapi memang aku tak nak . ikhlas aku cakap , aku tak nak jumpa dia . dia tunggu aku jugak tau . tapi aku tak pergi pun . lantak lah . aku datang sekolah bukan nak jumpa dia , aku datang sekolah nak kawad , tak ada masa aku nak jumpa dia .

balik rumah , bukak tudung , duduk bawah kipas , baring . asal badan aku sejuk semacam ? seriously aku demam ke ? tangan aku beku . tak dapat rasa pape pun . nak text pun susah . aku try tidur tapi tak boleh . mata aku tak boleh nak pejam . bersin , batuk , bersin , batuk , bersin , batuk . itu lah yang terjadi dekat aku . petang tu aku pergi rumah nenek aku . again , bersin and batuk . buat sakit hati aku je . bila lah nak sembuh . esok nya , hari ahad , aku demam betul , tak sangka pulak aku demam betul-betul . panas gila badan aku . hari itu jugak aku sakit tekak . sakit gila .

balik rumah , aku tak buat kerja rumah pun , aku berehat . hari isnin , aku tak datang sekolah , aku pergi hospital pusrawi , dekat sek 8 kot , aku pun tak tahu , pergi check doktor , nasib baik demam biasa je . tak lah teruk . aku gelarkan demam terkejut . ada lah sebab-sebab nya . hahah. kelakar demam terkejut . hihi , ubat banyak gila kena makan . 5 ubat kena makan . first time aku dapat ubat banyak gila . and aku rasa dalam tahun ni , aku pergi jumpa doktor baru sekali ni , hebat tak aku ? aku kurang sakit . sebab tu aku helarkan demam aku demam terkejut . heheh .

DEMAM TERKEJUT . macam bangang . sekarang ni , aku okay lah jugak .
heheh..

bye : )

No comments:

Post a Comment

komen , komen !