Monday, December 13

Jatuh Dan Bangkit.

Takut.Bimbang.Gundah,
Bercampur menjadi satu,
Gusarnya aku untuk jatuh sekali lagi,
Kerana aku tahu.

Amat susah untuk aku bangkai kembali,
Sungguh.
Tidak mudah untuk itu semua
Rebah dan bangkit.

Tidak dapat aku satukan dalam satu baris ayat,
Kerana aku tahu,
Apa erti dua kata itu.

Mudahnya insan menaryh harapan pada kita,
Senangnya insan berkata bahawa kita boleh,
Tapi hakikatnya hanya aku yang tahu,
Tidak susah untuk jatuh.

Tidak senang untuk bangkit,
Jatuh sekali belum cukup untuk aku terus bangkit,
Sekali bangkit belum tentu aku tidak akan jatuh lagi.

Lantas pilihanya apa ?
Jatuh atau pun bangkit?
Cukuplah aku sekali jatuh.

Kerana dengan hanya sekali itu,
Telah mengajar aku apa itu erti bangkit.

Kali ini,
Aku yakin,aku tanam,dan aku pahat,
di hati ini,
Seketul azam kejayaan,
Yang aku tidak akan jatuh lagi.

Akan aku buktikan pada diri ini ,
Bahawa aku mampu untuk bangkit semula,
walau beribu kali jatuh,
Jatuh aku adalah untuk aku bangkit dengan
kemenangan,
Bukan jatuh untuk bangkit dengan kekalahan..

by: BELL O'CONNEL
.


No comments:

Post a Comment

komen , komen !